Testimoni Kecemerlangan Pelajar UPSR & PMR
SEKALUNG TAHNIAH daripada kami kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR & PMR 2010.
Kepada ibu bapa, kami ucap tahniah atas pencapaian anak-anak anda dan berharap usaha itu akan terus dijayakan bagi memberikan semangat dan sokongan yang diperlukan oleh mereka.
Bagi semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pencapaian anda akan menjadi contoh ikutan kepada pelajar yang lain untuk terus gigih dan berusaha pada masa hadapan bagi mengekalkan kecemerlangan akademik.


Program Terkini Pembelajaran Matematik ‘Score A-Math Victory’

Kenshido International maju setapak lagi selepas kejayaan dengan e-Learning Score A i-Teacher (USM), kini tool terkini portal pendidikan Matematik iaitu Score A-Math Victory bersama menjayakan dalam ledakan e-pendidikan di Malaysia.

Program belajar secara tutor online Score A-’Math Victory’ daripada Pakar Matematik, Cikgu Mac telah merangka dengan dengan khusus teknik dan formula terkini untuk memudahkan kefahaman pelajar dari darjah 1 hingga darjah 6 untuk persiapan peperiksaan UPSR, tingkatan 1 hingga tingkatan 3 untuk persiapan peperiksaan PMR dan tingkatan 4 hingga tingkatan 5 untuk persiapan peperiksaan SPM yang berteraskan silibus terkini daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berlandaskan teknologi ‘Web Based Online Video’ dengan konsep Melihat, Mendengar dan Merasa ia akan dapat memupuk Pelajar Generasi Digital lebih meminati subjek Matematik dengan lebih seronok dan mudah untuk dipelajari. Dengan bantuan tool terkini daripada Score A ini ia akan menjadi pemangkin dalam membentuk pelajar cemerlang dalam menghadapi peperiksaan akan datang.
Untuk mendapatkan maklumat terkini program ScoreA MathVictory boleh layari di www.scoreamathvictory.com atau hubungi wakil sah Kenshido International di talian 014-716 8566.
Produk Terkini “Pentaksiran Berasaskan Sekolah” (PBS)

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Melalui KSSR pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Sejajar dengan perancangan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia KSSR silibus, Kenshido Internatioanal telah melahirkan Produk Terkini “Pentaksiran Berasaskan Sekolah” (PBS) yang telah dimuat masuk melalui pembelajaran interaktif kerjasama bersama USM Score-A iTeacher.
Tahniah kepada Kenshido International sekali lagi kerana tidak putus-putus memberikan sumber yang terbaik dalam meningkatkan pendidikan melalui ePendidikan portal Score-A untuk anak-anak di Malaysia. Jika anda memerlukan penerangan lanjut mengenai kehebatan program terkini Score A Programme sila hubungi ditalian 014-716 8566.
Pelancaran dan Perasmian ScoreA Peringkat Kebangsaan
Pelancaran dan Perasmian ScoreA i-Teacher & ScoreA MathVictory Peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada 8 & 10 Julai 2011 bertempat di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Selangor.



ScoreA-iTeacher Memenangi Anugerah Emas ‘Best Learning Innovation Technology’
Syabas & Tahniah kepada Kenshido International Sdn Bhd, Program ScoreA i-Teacher yang dibangunkan oleh Prof. Hanafi dan kumpulan Penyelidik USM telah memenangi ‘Anugerah Emas’, The 5th LearnX Asia Pasific 2011 (E-Learning & Training Awards) Kategori ‘Best Learning Innovation Technology’.


Sumber: http://learnx.net/2011/awards_nominate.html

Seminar Bijak Belajar Dr.Shukri Abdullah
Click pada gambar di atas untuk besarkan imej
Bukan malas dan tak nak belajar … tetapi tiada sebab yang kukuh kenapa mereka kena belajar !
Bukan bodoh … tetapi mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru dalam kelas !
Bukan sengaja ponteng kelas … tetapi adakalanya pengajaran guru terlalu hambar dan membosankan !
Bukan tak nak berjaya … tetapi mereka sendiri tiada matlamat yang khusus untuk dikejar !
Bagi sesetengah pelajar pula bukan tidak rajin belajar … cuma tidak tahu cara belajar betul !
ITU MUNGKIN SEBAHAGIAN DARI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR.
MAKA SEMINAR BIJAK BELAJAR INILAH JAWAPANNYA.

Apabila pelajar menghadiri Seminar Bijak Belajar, mereka akan mendapat PENDEDAHAN serta DIBEKALKAN dengan MOTIVASI dan STRATEGI BELAJAR yang mampu meletakkan diri mereka berdiri SEBARIS dengan PELAJAR CEMERLANG kalau pun bukan di peringkat nasional, sekurang-kurang menyerlah di peringkat negeri, daerah atau pun sekolah.
Namun, sebelum anda membuat keputusan untuk melabur wang bagi menganjur program ini di sekolah/organisasi anda atau mendaftar anak ke program ini (atau mana-mana program lain), mari kita teliti lima perkara yang perlu diberi perhatian dalam membantu anda membuat keputusan yang tepat. Natijahnya, pastikan pelajar memperolehi memanfaatkan sepenuhnya dari seminar yang dihadiri.

1) RELEVAN – Apakah pengisian seminar ini relevan dengan masalah yang dihadapi pelajar/anak saya?
2) MANFAAT – Apakah pelajar/anak saya boleh perolehi banyak manfaat dengan menghadiri seminar ini?
3) PENCERAMAH – Apakah penceramah cukup berpengalaman serta berkelayakkan untuk memastikan pelajar/anak saya dapat ikuti seminar ini dengan baik?
4) PENYAMPAIAN – Apakah seminar ini membosankan atau menyeronokkan? Saya sendiri benci seminar yang boring!
5) KOS PELABURAN – Apakah yuran seminar yang dikenakkan mahal berbanding dengan faedah yang bakal diperolehi?
Adakah ibu dan ayah yang perihatin sudah betul-betul mempersiapkan anak-anak. Wajibkan anak anda hadir di Seminar Bijak Belajar Dr.Shukri Abdullah untuk terus menimba ilmu. Biar kami kongsikan kebahagiaan ini bersama anak anda.
Tempat amat terhad, diskaun akan diberikan kepada 10 Pelajar TERAWAL mendaftar. Maklumat Seminar Bijak Belajar:
Tarikh: Ahad, 8 April 2012
Lokasi: Wisma Edata, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand Kota Damansara, Selangor.
Target Pelajar: Tahun 6, Tingkatan 1 – Tingkatan 5.
Tiket: RM130 (Untuk Seorang Pelajar), DISKAUN!!! RM100 kepada 10 pelajar yang TERAWAL mendaftar.
Masa: 8:30am – 4:00PM (Disediakan Makan pagi, Makan Tengahari & Makan Petang) beserta Buku Kerja Seminar)
Pada jam 4:00pm – 5:30pm, Dr.Shukri Abdullah akan mengadakan sesi bersama ‘Parents’ sahaja, tiket adalah PERCUMA!!!
Tempahan tempat seminar boleh dibuat sekarang melalui urus setia program Dr.Shuri Abdullah di talian 014-716 8566. Ayuh bertindak sekarang sebelum terlambat. Anak yang Hebat bermula dari Ibu Ayah yang Hebat, Insya’Allah.
Program Pra Sekolah Score A (4-6 TAHUN)

Berita gembira buat Ibu Bapa!!! Kenshido International telah melancarkan produk baru Score A terbaru silibus Pra Sekolah bermula dari umur 4 hingga 6 tahun.
Dengan penambahan produk yang telah diperkemaskini, ia akan memberi laluan kepada anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun dapat menggunakan program yang hebat ini. Dengan ini lengkaplah silibus sistem persekolahan yang mengikuti sukatan pembelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia daripada peringkat Pra, Rendah dan Menengah yang boleh di aplikasikan sepenuhnya melalui pembelajaran online e-Learning Score A.

Kandungan silibus didalam Score A – PreSchool telah disediakan serta dikawal selia oleh Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Ketua Panel Prof. Hanafi Atan (Professor of e-Learning, School of Distance Education, USM).

Pelancaran produk baru ‘Score A Signature’ yang mengandungi produk Score A Pre-School dan Score A Math Victory berlansung pada 12 Februari 2012 di Plenary Hall, PICC Putrajaya oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Untuk mendapatkan maklumat terkini program ScoreA Pre-School boleh layari di www.scoreapreschool.com atau hubungi wakil sah Kenshido International di talian 014-716 8566.

Seminar Ibu Bapa Prihatin ‘Family F.I.R.E. series’ Cyberpower

Akademi Edata akan menganjurkan program Seminar Ibu Bapa Prihatin ‘Family F.I.R.E. series’ Cyberpower bersama trainer & motivator Coach Ridz & Coach Sha, pengasas ‘Family F.I.R.E. series’ Jurulatih utama Seminar Fasih Berbahasa Inggeris (FBI) dan ‘English for Young Muslims di IKIM serta Penulis Buku ‘FBI’ dan akan bergabung bersama En.Juffri, Jurulatih dan Pakar Perunding Pendidikan.
Maklumat Seminar;
Lokasi: Bilik Seminar 4, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),
Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Tarikh: 21 Januari 2012 (2:00pm – 5:00pm)
Yuran: RM50 Sekeluarga (Ayah, Ibu & Anak bersekolah 7 tahun keatas)
Seminar Santai dan FUN Cyberpower Family F.I.R.E bersama kami mendekati Dunia anak-anak generasi Internet. Mereka sangat rajin main game tapi tak berapa minat belajar. Ada yang minat belajar tapi belum cemerlang. Walaupun dah cemerlang tapi Soft skills nya kurang. Dunia penuh Saingan dan Cabaran. Adakah ibu dan ayah yang perihatin sudah betul-betul mempersiapkan anak-anak. Wajibkan diri anda untuk terus menimba ilmu. Biar kami kongsikan kebahagiaan ini bersama keluarga anda dimana kita akan dapat mendalami ilmu.
1) Seni memperkasa ibubapa memimpin anak generasi internet (kenal cara dan gaya mereka berfikir).
2) Sistem belajar bagi bantu anak seronok belajar dan gilap SOFT SKILLS anak-anak.
Maklumat lanjut seminar sila hubungi terus urus setia program di talian 014-716 8566
Perasmian Edata Network & Anugerah Pelajar Cemerlang 2011
Alhamdulillah, Edata Network Sdn Bhd telah melakar sejarah pada 6 Februari 2012, dengan perasmian yang telah disempurnakan oleh oleh YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Penasihat Kenshido International Sdn Bhd, YM Raja Ismail Bin Dato Raja Mohamed dan CEO Kenshido International Sdn Bhd, Encik Jason Kok.


22222222222222222Gambar Ihsan dari BroFramestone
Dalam masa yang sama Edata Network Sdn Bhd juga memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang peperiksaan UPSR & PMR 2011 yang telah mencapai keputusan yang memberangsangkan melalui kaedah pembelajaran e-Learning Score-A dibawah kelolaan Edata Network Sdn Bhd.

2222222222222Gambar Ihsan dari faminfaizal Janaminda

Pelancaran Portal ScoreA iTeacher oleh YAB Tun Hj.Abdullah Hj.Ahmad Badawi
Pelancaran Portal Pendidikan Score A-iTeacher Peringkat Parlimen Kepala Batas pada 25 Mac 2012 oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Hj.Abdullah Hj.Ahmad Badawi.



Miskin & Gagal Akademik tiada Harapan untuk Berjaya?

Mari kita kaji dan lihat apa yang dimiliki pada Bill Gates, pengasas bersama syarikat Microsoft. Gates tidak sempat menggunakan segulung ijazah daripada Universiti Harvard untuk dibanggakan sebagai orang berilmu kerana gagal dalam pengajiannya. Namun, di sebalik kegagalannya, Gates bersama Paull Allen mengasaskan Microsoft dan pada 2011 memiliki kekayaan kira-kira AS$59 bilion.
Gates juga menyimpan koleksi kisah hidup suram penuh dukacita. Dia tidak dapat menumpukan kepada pendidikan sempurna selepas gagal pengajiannya di universiti. Namun, kegagalan dalam akademik berjaya ditransformasikan menjadi sesuatu yang mengkagumkan.
Dengan produk amat memberi makna kepada manusia sejagat dalam penggunaan teknologi maklumat, Gates berjaya membunuh kepercayaan kebanyakan orang bahawa kegagalan dalam pelajaran itu amat memeritkan. Gates berjaya meletakkan dirinya antara manusia dikagumi berdasarkan kejayaan demi kejayaan syarikatnya menerusi penghasilan pelbagai inovasi terkini.
Demikian beberapa manusia luar biasa yang lahir ke dunia ini yang tergolong dalam kelompok manusia miskin dan gagal dalam pelajaran. Sebahagiannya lahir tidak ditatang dengan dulang emas, sebaliknya disambut dengan jerit jerkah kehidupan serba kurang dan daif. Namun, di sebalik semua itu, mereka berjaya membuktikan sekurang-kurangnya tiga perkara amat penting difikirkan semua manusia di dunia ini,
Pertama, kemiskinan bukan sebuah penjara.
Kedua, kegigihan adalah pendakian gunung yang tidak terjumpa puncaknya.
Ketiga, minda adalah lautan inovasi yang mesti diselami untuk mencari mutiaranya.
Bertolak daripada cerita beberapa jutawan dan manusia terkenal dunia itu, eloklah jika golongan miskin khususnya di negara kita mendapat kekuatan menggerakkan minda untuk berfikir. Mereka harus berani mengakui realiti bahawa cerita beberapa manusia ‘gagal’ ini berjaya dalam hidup bukan satu fantasi. Bukti ditunjukkan oleh Gates mesti dijadikan alibi untuk menidakkan rasa rendah diri dan kurang yakin dalam usaha memburu kejayaan di dalam hidup.
Golongan miskin dan gagal pelajaran mesti mengakui hakikat bahawa kemiskinan bukan masalah terpinggir yang telah ditentukan bagi sesebuah negara, sebaliknya ia adalah isu sejagat yang mengandungi hikmah yang mesti difahami. Kemiskinan hanyalah satu perbezaan kelas kehidupan atau strata sosial yang dicipta sendiri oleh manusia atau masyarakat. Golongan miskin dan mereka yang kurang berjaya dalam akademik harus melihat dari sisi positif apa yang telah dibuktikan Gates.
Jadi Kaya yang Bersyukur atau Miskin yang Sabar?

Allah swt menjadikan seseorang itu kaya atau miskin tentulah ada hikmatnya. Adakalanya hikmat itu dapat dikesan dengan pandangan mata, dan adakalanya tidak, hanya Allah swt sajalah yang Maha Mengetahui akan hakikatnya.
Bagaimana Allah swt menguji Orang Kaya
Allah swt menguji si kaya dengan kekayaannya, apakah ia bersyukur dengan membelanjakan harta kekayaan itu pada tempat-tempat yang diredhai Allah, ataupun sebaliknya ia menghabiskan pada jalan-jalan yang menyesatkan sehingga Allah murka terhadapnya.
Maka si kaya itu akan lulus ujian, jika ia bersyukur dan membelanjakan hartanya pada jalan-jalan yang diredhai Allah Ta’ala, dan jadilah ia sebagai seorang kaya yang bersyukur, sedangkah orang kaya yang bersyukur pula darjatnya amat tinggi di sisi Allah, dan ia dianggap lebih mulia dari si miskin yang sabar.
Bagaimana Allah swt menguji Orang Miskin
Allah swt menguji si miskin, adakah ia sanggup bersabar atas kemiskinannya dan redha terhadap takdir Allah swt yang menjadikan kurang bernasib baik dari si kaya.
Adapun orang miskin yang sabar itu, biar betapa besar pahalanya kerana bersykur menanggung sabar atas kemiskinan, namun ia belum tentu dapat bersyukur bila diuji menjadi seorang kaya yang ingkar dan tidak berterima kasih atas nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya. Maka balasannya akan menjadi berat sekali, malah lebih besar dari seorang miskin yang tidak sabar.
Rasulullah saw sentiasa berdoa agar baginda dihidupkan dan dimatikan dalan keadaan miskin dan di Hari Kiamat kelak bila dibangkitkan bersama golongan fakir miskin. Sebab di Hari Kiamat nanti, orang-orang miskin itu lebih mudah menyelesaikan perhitungannya, kerana perhitungan mengenai harta dan kekayaan itu amat delicate sekali disebabkan terlalu banyak pertaliannya dengan orang ramai.
Seandainya manusia mengetahui betapa beratnya penanggungjawab mengenai harta dan kekayaan di Hari Akhirat kelak, nescaya mereka sekalian tidak ingin menjadi orang-orang yang kaya raya.
Sumber: Kitab Membicarakan Hadis 40 Syed Ahmad Semait
Apakah Jaminan Segulung Ijazah?

Tahukah anda golongan yang gagal pada peringkat awal kini ramai berjaya dalam hidup dan ada antara mereka menjadi jutawan di negara ini. Begitu juga yang berjaya memasuki IPTA dan IPTS, semua ini bukan jaminan bagi seseorang pelajar itu mendapatkan pekerjaan dengan segulung ijazah selepas tamat pengajian.
Maksudnya, institusi itu hanya berperanan sebagai gedung dan jambatan ilmu dengan memberikan pilihan terbuka kepada pelajar untuk menentukan destinasi mereka yang seterusnya.
Cuba kita bayangkan dalam ribuan graduan terbabit, dapatkah kita jamin semuanya mendapat pekerjaan? Jawapannya hanya ada pada individu itu sendiri. Jika dilihat daripada sejarah pengangguran di negara ini, masih ramai lepasan graduan mencari pekerjaan kecuali graduan mengikuti kursus perguruan.
Ada juga antara mereka terpaksa menunggu setahun atau lebih sebelum mendapat pekerjaan sesuai. Satu pihak cuba menyalahkan graduan universiti kerana terlalu memilih pekerjaan dan satu pihak lagi, menyalahkan pihak kerajaan dan swasta kerana enggan memberi peluang kepada yang kurang berpengalaman. Namun, sejauh manakah kebenarannya? Jika diselidiki bukan semua jawatan tinggi dalam sektor pekerjaan dipegang individu yang memiliki ijazah. Semuanya bergantung kepada strategi setiap individu dalam mengorak langkah dengan bijak.
Apa yang pasti, pada masa kini, segulung ijazah meningkatkan prestij seseorang itu di mata masyarakat. Mereka juga menjadi kebanggaan keluarga kerana bakal mendapat pekerjaan bagus dengan pulangan lumayan.
Paling penting, kita menjadi seorang yang lebih matang dalam berfikir dan bijak mengatur hidup dengan nikmat diperoleh. Realitinya sekarang, segulung ijazah bukan jaminan mendapat pekerjaan tapi jaminan untuk mendapat tempat temuduga sahaja. Sudah terbukti ramai juga orang kita mampu pergi lebih jauh tanpa segulung ijazah. Pasti Boleh.
Sediakan Payung Sebelum Hujan

Seorang graduan yang baru bekerja, umur 25 tahun, bergaji RM 2000 sebulan, akan mempunyai RM 445 061 selepas 25 tahun bekerja. RM 445 061 ini adalah hasil wang yang dikumpul dari sumbangan KWSP yang dilakukan selama 25 tahun. Inilah wang yang digunakan untuk bersara.
Nilai ini dikira bedasarkan, kenaikkan gaji 5% setahun, 23% contribution ke KWSP, dan 5% dividend yang dikeluarkan oleh KWSP setahun.
Adakah dana ini mencukupi untuk menyara kehidupan beliau 20 tahun atau 30 tahun selepas bersara?
Pertama sekali, kita kira berapakah gaji akhir beliau semasa berumur 55 tahun, iaitu tahun akhir bekerja sebelum bersara. Dengan menganggarkan kenaikkan gaji 5% setahun, gaji akhir beliau adalah RM6772.
Persoalannya adakah beliau masih memerlukan RM 6772 selepas bersara ? mungkin ya dan mungkin tidak. Mungkin ya jika beliau masih menanggung hutang yang banyak, atau anak – anak yang masih belajar di universiti. Mungkin tidak jika beliau telah habis hutang kereta dan rumah, dan anak – anak sudah bekerja. Dalam soal ini, kita menganggarkan beliau hanya memerlukan 75% dari gaji akhir terbabit untuk menyara kehidupan selepas bersara. Ini bermakna beliau memerlukan RM5079.
RM 5079 sebulan bermakna RM 60 948 setahun, atau 1.2 juta selama 20 tahun selepas tempoh bersara.
Tunggu dulu, mari kita lihat apakah keperluan selepas bersara.
Kebanyakan pesara, masih memerlukan wang untuk beberapa perkara seperti :
1 – sara hidup – makan minum
2 – hutang kereta , hutang rumah dll
3 – masih menanggung anak – anak di universiti
4 – cenderung untuk renovate rumah
5 – mengerjakan haji dan umrah
6 – melancong ke dalam dan luar negara
7 – menanggung kos perubatan yang tinggi
8 – masih membayar untuk polisi insurans dan perubatan
9 – menanggung perkahwinan anak – anak
dan lain – lain.
Dan semakin lupa yang dana persaraan mereka semakin hari semakin susut.
Mari kita lihat kos makanan untuk 25 tahun akan datang. Pada hari ini, secara purata, sebuah keluarga membelanjakan, RM 20 untuk makan sehari. Dengan kenaikan kadar inflasi 5% ke atas barang makan, nilainya pada 25 tahun akan datang adalah RM 67.72 sehari, atau RM 2031 sebulan, atau 24 379 setahun, atau RM 487 584 untuk tempoh 20 tahun.
Bagaimana dengan hutang kereta atau rumah?
Jika masih ada, mungkin pesara terbabit masih memerlukan antara 5 – 10 tahun lagi masa untuk membayar hutang. Sekarang bank meluluskan hutang rumah untuk tempoh 35 tahun atau umur 65 tahun dan ada yang 70 tahun. Mungkin anda masih memerlukan RM 500 – RM 1200 sebulan untuk membayar rumah. 10 tahun, RM 60 000 – RM 100 000.
Pendidikan IPT anak-anak?
Ada yang masih bersekolah menengah. Sedar tak, trend sekarang, kebanyakan ibu bapa cenderung untuk berkahwin lewat dan seterusnya mendapat anak pada usia 30 an, dan akhirnya, semasa mereka bersara, anak – anak masih bersekolah menengah dan IPT. Pinjaman pendidikan memang disediakan, tetapi adakah ia cukup ? Mungkin ramai yang belum sedar, kos pendidikan IPT 20 tahun dari sekarang bakal mencecah RM 100 000. Mungkin ramai ibu bapa pesara yang masih perlu menghulurkan RM 500 sebulan untuk membiaya kehidupan anak – anak di IPT nanti.
Perkahwinan anak?
Kebanyakan ibu bapa sekarang terpaksa mengeluarkan wang bagi membiaya kos perkahwinan anak. Kos perkahwinan sekarang antara RM 12 000 ke RM 20 000 mengikut kadar biasa. 20 tahun akan datang mas kahwin mungkin mencecah RM 15 000 siapa tahu ? Kalau ada 2 anak lelaki ? Sekurang – kurangnya ibu bapa pesara bakal habis RM 20 000 untuk perkahwinan anak.
Pergi Haji dan Umrah?
Ya ia adalah tuntutan kepada yang mampu. Dah bersara, ada masa lapang, ada cash money yang banyak, maka bolehlah pergi menunaikan haji atau umrah. Kos pada masa itu mungkin RM 20 000 untuk seorang. Selain itu, pesara juga cenderung untuk pergi melancong. Ya lah bila dah banyak masa, macam – macam perkara ingin dilakukan. Ini semua sedikit sebanyak melibatkan kos. Jika anda menghabiskan RM 3000 setahun melancong dalam negara, 10 tahun anda bakal menghabiskan RM 30 000.
Kos Perubatan?
Dan perkara yang paling penting adalah, anda masih terpaksa menanggung kos perubatan. Bila dah tua, anda semakin terdedah kepada penyakit kritikal. Kos perubatan pada masa sekarang berjumlah puluhan ribu, untuk 20 tahun akan datang ? Mungkin hospital kerajaan pun akan mengenakan kos perubatan, kerana dasar kerajaan sekarang cenderung ke arah penswastaan seperti mana yang berlaku kepada banyak agensi kerajaan yang lain. Jika pesara mengambil insurans perubatan, mereka masih perlu membayar carumannya setiap tahun yang berjumlah antara RM 2000 – RM 4000 setahun. 10 tahun, RM 20 000 – RM 40 000.
Secara puratanya, pesara akan membelanjakan sekurang – kurangnya RM 200 000 bagi hal – hal lain seperti yang disebutkan diatas untuk tempoh 20 tahun selepas bersara. Mungkin lebih. Dari jumlah dana KWSP yang dapat, RM 445 061, RM 245 000 yang tinggal untuk sara hidup. Untuk makan minum sahaja, pesara memerlukan RM 24 379 setahun. Dengan lebihan dana yang tinggal, ia hanya tahan untuk tempoh 10 tahun sahaja, sedangkan kajian menunjukkan purata umur maksimum rakyat Malaysia meningkat ke 75 tahun. Ini bermaka pesara mempunyai 25 tahun kehidupan selepas bersara. Jika dana yang tinggal, hanya mampu untuk menyara kehidupan 10 tahun pertama, bagaimana dengan baki 15 tahun akan datang ?
Jika perbelanjaan pesara dipecahkan mengikut bulan, mereka memerlukan :
RM 2000 utk makan minum
RM 1000 hutang rumah, kereta, bil – bil
RM 1000 untuk pendidikan menengah/IPT anak
RM 250 untuk insurans perubatan
RM 500 untuk kos pengangkutan
Jumlah = RM 4750 sebulan, atau RM 57 000 setahun atau 1.4 juta untuk 25 tahun selepas bersara.
Dana KWSP hanya ada RM 445 061.
Kos – kos lain masih belum diambil kira.
Ini adalah anggaran dan ramalan sahaja. Lebih baik meramalkan perkara yang buruk dari perkara yang baik, supaya kita dapat bersedia dari awal untuk menghadapi saat itu nanti. Rancanglah kewangan anda dari sekarang untuk persaraan anda.
Tak salah merancang. Jika KWSP anda selepas bersara mencukupi pun, adalah lebih selesa jika anda mempunyai satu lagi dana persaraan yang anda rancang sendiri 25 tahun dulu.
Ambil lah peluang untuk bina dana alternatif persaraan anda. Membina dana alternatif untuk persaraan anda sendiri adalah permulaan yang sangat bijak untuk masa depan anda. Jadi bersedialah dari awal. Sediakan payung sebelum hujan.
Antara PELUANG dan KETAKUTAN?

Persoalan yang menarik untuk diberi perhatian adalah ‘Siapa Usahawan’ ?
Usahawan adalah mereka yang mencipta satu perniagaan baru dan berdepan satu keadaan yang tidak pasti untuk memperoleh keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenalpasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya.
Usahawan adalah orang yang mempunyai dorongan dalaman yang kuat, bijak, bertenaga dan berdisplin untuk bekerja keras”. Bila menyelami maksud usahawan, kita akan mengakui bahawa usahawan adalah insan yang sangat istimewa kerana usahawan memiliki ciri-ciri unik yang orang lain tidak suka dengan ciri atau sifat itu. Sebagai contoh sifat usahawan adalah mencipta, berdepan dengan ketidakpastian, mempunyai dorongan yang kuat, bertenaga dan berdisiplin untuk bekerja keras.
Purata kaji selidik dibuat ke atas pelajar universiti ‘Siapa yang bersedia untuk menjadi seorang usahawan’. Berapa peratus yang mahu? Jawapan yang diterima amat mendukacitakan. Anda tahu kenapa? Adakah perniagaan satu kerjaya yang hina? Adakah perniagaan satu kerjaya baru? Mereka mengakui kelebihan menjadi seorang usahawan, namun mereka tidak bersedia untuk memenuhi ciri-ciri seorang usahawan. Kesimpulan dari kaji selidik itu adalah mereka (pelajar) tidak sanggup berdisiplin dan tidak bersedia untuk bekerja keras.
Satu perkara yang menarik mengenai usahawan adalah “PELUANG”. Untuk menjadi usahawan minda sentiasa terbuka untuk menerima ilmu bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya. Namun “KETAKUTAN” ahli masyarakat telah menghalang mereka dari berjinak dengan dunia keusahawanan.
Ketakutan ini merangkumi banyak perkara. Namun ketakutan yang biasa diutarakan itu hanya berkumandang dalam fikiran, hanya andaian sahaja. Bagi mereka yang mengambil inisiatif untuk berbincang dan mencari jalan keluar dari setiap permasalahan akhirnya akan terpikat dan berjuang dalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang menyahut peluang itu.
Mengapa Usahawan sebagai Pilihan? Sebagai maklumat masyarakat memilih usahawan sebagai pilihan kerjaya kerana sebab-sebab tertentu seperti pencapaian diri, kawalan diri, mencabar diri, melahirkan kreativiti, kerjaya fleksibel, kebebasan kewangan dan lain-lain. Setiap individu mempunyai alasan tersendiri.
Persoalan yang lebih besar adalah…
“Mestikah Aku Menjadi Seorang Usahawan”
“Apakah jenis perniagaan yang selesa untuk saya?”
“Apakah jenis perniagaan yang boleh memperoleh untung?”
Cuba Sesuatu Yang Baru!

Manusia ialah insan yang mempunyai “TABIAT” sering mengulangi perkara-perkara yang sama.
Sebagai contoh, apabila pergi makan di restoran, sering kita memesan makanan yang sama, lauk yang sama dan minuman yang sama. Apabila pergi bersiar-siar, sering pergi ke shopping complex yang sama.
Dari semasa ke semasa pecahkan tabiat anda kerana ia akan memberi momentum kepada diri diri anda mencuba sesuatu yang baru dan berlainan. walaupun tabiat mudah seperti memesan makanan lain, ia akan memberi perasaan ‘mencuba sesuatu yang tidak tahu’ kepada diri anda.
Persoalan kepada diri anda adalah;
Apakah sesuatu yang baru itu patut kita lakukan?
Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut kurangkan?
Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut 100% berhenti dari terus melakukan?
Kisah percubaan baru daripada syarikat 3M dalam proses mencipta sejenis gam menemui kegagalan apabila gam yang dicipta tidak dapat melekatkan kertas sepertimana yang mereka inginkan. Dengan menggunakan pendekatan fikir diluar kotak, syarikat tersebut tidak terus membuang formula gam yang tidak menjadi itu, jadi mereka mencipta kertas pelekat popular yang kini dkenali sebagai “Post-it” menggunakan formula gam yang tidak menjadi itu! hebatkan…
Berfikir diluar kotak adalah jalan untuk anda menggunakan kreativiti serta menyelesaikan sebarang masalah yang anda hadapi. Fikir di luar kotak juga merujuk untuk menggunakan pendekatan yang unik. Jom kita cuba sesuatu yang baru yang mungkin insya’Allah satu hari nanti, bermula daripada tindakan baru anda hari ini akan menentukan kejayaan anda di kemudian hari.
Empat Alasan Atas Empat Sebab…

Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkaat jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukim itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.
Melihat hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk orang mukmin itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga”. Allah juga menunjukkan tempaat orang kafir kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak berguna apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah neraka jahanam”.
Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan atas empat sebab:
Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.
Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.
Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu”.
Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.
Sehinggakan tiada orang lagi dapat memberikan alasan kepada Allah kelak di hari Kiamat.
Revolusi Baru Sistem Pendidikan Indonesia
BERITA BAIK!!! UNTUK WARGA INDONESIA…

Kenshido International Sdn Bhd bakal melebarkan sayapnya di pasaran Indonesia pada bulan September 2012, ayuh teman-teman di Indonesia sama-sama kita gegarkan Indonesia dengan 3 hal yang bijak ini.
Pendiddikan + Internet + Network Marketing = e-Pendidikan
Syarikat Kenshido International Sdn Bhd yang berteraskan produk pendidikan e-learning ‘Score A Programme’ melalui sistem pemasaran secara Network Markerting Bisnes. Program Score-A juga adalah program pilihan terbaik Asia pasific, ‘Anugerah Emas’, The 5th LearnX Asia Pasific 2011 (E-Learning & Training Awards) Kategori ‘Best Learning Innovation Technology’.

Program e-Pendidikan yang bercirikan ‘Online Education’ menepati 100% berdasarkan silibus Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia (KEMDIKNAS) bermula dari pelajar Sekolah Dasar (SD), Sekolah Menengah Pertama (SMP) dan Sekolah Menengah Atas (SMA).

MENGAPA PELAJAR MEMERLUKAN SCORE-A PROGRAM?
Score A Program telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Program, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Program memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.
Program Score-A mendapat pengiktirafan daripada Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
SIAPAKAH BAKAL JUTAWAN SCORE-A INDONESIA?…ADAKAH ANDA?

Menurut kajian pakar ekonomi dunia Peter Drucker, peluang perniagaan yang berasaskan WEBUCATION (Web + Education) adalah perniagaan yang paling berpotensi di masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari industri Pemakanan, Kesihatan dan Komunikasi. Inilah perniagaan yang dipanggil ‘Matahari Terbit’ dimana orang lain belum nampak, kita dah nampak dahulu…orang lain belum buat, kita dah buat dahulu…orang lain belum kaya, kita dah kaya dahulu. Kami membuka ruang dan peluang kepada anda untuk menjalankan satu perniagaan yang menarik 100% PRODUK KEPERLUAN ‘ePendidikan’ yang berpotensi menjana pendapatan mingguan sehingga 5 angka dengan satu sistem sokongan yang mantap dan padu untuk merealisasikan impian anda.
Kebahagian sebuah keluarga bermula dari asas ekonomi yang baik, rumah yang selesa, kenderaan yang selesa, simpanan hari tua yang mencukupi, pendidikan anak yang terbaik dan yang paling penting kebebasan masa iaitu sentiasa bersama keluarga tersayang serta jaminan WARISAN dimana perniagaan Score-A dapat diwariskan kepada keluarga dan anak-anak kita di masa hadapan.

Biodata Prof.Dr.Hamka
Sila layari website SCOREANETWORK untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program online e-pendidikan Score-A dan juga bagaimana peluang menjana pendapatan yang luar biasa hebat bersama pelan pemasaran hebat Score-A. Anda juga boleh menghubungi pihak syarikat ditalian 6014-716 8566 ataupun email ke scoreanetwork@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Fantasi Dunia Kanak-Kanak

Pernah dengar Kidzania? Kidzania adalah sebuah bandar kecil yang mempunyai perkhidmatan yang khas ditujukan kepada kanak-kanak sahaja. Merekalah yang akan menjadi pengusaha, polis, bomba, juruterbang, jurutera, penyiasat CSI, doktor, penyampai radio, pengacara, hakim, peguam dan berpeluang untuk mengambil lesen kereta serta sebagainya.

Kidzania berasal dari Mexico yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Xavier Lopez. Kini ia mempunyai 6 cawangan di seluruh dunia. Kidzania diwujudkan oleh Xavier Lopez adalah bertujuan supaya anak-anak boleh berseronok sambil menikmati pengalaman sebenar.
Kidzania Malaysia terletak di Curve NX di Mutiara Damansara. Berkeluasan 80,000 kaki persegi, boleh memuatkan 1,700 pengunjung dalam satu-satu masa. Kidzania menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman hiburan untuk kanak-kanak di bandar mini buatan yang berskala kecil. Kidzania memberi inspirasi kepada anak-anak untuk mengejar impian hidup mereka dengan meneroka serta merasai untuk tinggal dan bekerja di bandar seolah-olah berfungsi dalam dunia sebenar.
Kidzania mensasarkan kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 14 tahun dimana mereka boleh boleh memilih antara 90 aktiviti daripada 60 syarikat. Secara ringkasnya, Kidzania membolehkan anak-anak untuk membesar di bandar mini mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kecil dan bayi yang berumur antara 1 bulan hingga 3 tahun, terdapat satu bahagian khusus yang terletak di tingkat Mezzanine yang di panggil ‘Urbano House’.
Kidzania juga mempunyai mata wangnya sendiri yang di panggil ‘Kidzos’ dan kanak-kanak boleh mendapatkan ‘Kidzos’ mereka untuk membayar barangan dan perkhidmatan di mana ia juga boleh di simpan di dalam kad ATM di bandar Kidzania. Kidzania telah bekerjasama dengan syarikat sebenar yang turut sama membantu dalam memberi pengalaman sebenar seperti perkhidmatan perbankan seperti kad ATM di sediakan oleh CIMB Bank, AirAsia untuk latihan penerbangan, KPJ Healthcare untuk hospital, Dell untuk komputer dan sebagainya.
Kidzania juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menentukan minat mereka sendiri seperti ingin menjadi polis, peguam, doctor, pilot dan sebagainya. Setiap aktiviti boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan. Ibubapa tidak di benarkan bersama-sama mengikuti aktiviti mereka kecuali teater dan studio tv. Ini bertujuan untuk memastikan kanak-kanak ini lebih bersifat berdikari serta segala kemahuan dan keputusan adalah di atas tangan mereka sendiri. Tetapi anda jangan risau kerana setiap kanak-kanak akan disertakan satu gelang tangan khas kawalan radio untuk memastikan lokasi mereka.
Kidzania di buka dari hari Isnin hingga jumaat, 10:00 pagi hingga 5:00 petang dan kanak-kanak boleh bermain di Kidzania sepanjang hari. Untuk hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum terdapat dua sesi, jam 10:00 pagi hingga 3:00 petang dan 4:00 petang hingga 9:00 malam.
Yuran masuk adalah seperti berikut,
Kanak-kanak (0 – 3 tahun) – RM35
Kanak-kanak (4 – 14 tahun) – RM55
Dewasa – RM35 & Warga Emas – RM30
Sumber: Ariff Daniel Mohd Redzuan 0000000Aqeef Darwish Mohd Redzuan
Nilai Sepuluh Sen

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia…
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
Sumber: Puan Rozita Ibrahim, Pengasas Sendayu Tinggi





