Archive for February, 2012

Total Action

Sebab paling utama motivasi anda luntur adalah kerana tidak ada tindakan menuju matlamat anda. Motivasi akan muncul apabila anda ada tindakan, ada usaha, ada perbuatan. Motivasi lahir di fikiran, terzahir di perbuatan. Motivasi tidak akan lahir apabila tidak ada matlamat, impian, azam, cita-cita, kemahuan serta target.

Motivasi dalam diri anda tidak akan meledak sekiranya anda hanya berimpian tapi tidak ada tindakan. Orang berjaya berusaha merealisasikan impian manakala orang tidak berjaya hanya mengapi-apikan impian tanpa ada usaha berterusan ke arah merealisasikan impian tersebut.

Ordinary people dreaming a dream, successful people making dream a true reality.

Apa jua yang anda lakukan dalam usaha mencapai impian, lebihkan tindakan. Berimpian banyak itu tidak salah, namun yang salah ialah apabila anda cuma banyak berimpian tapi tidak banyak dalam berusaha. Motivasikan diri anda dengan menyemarakkan impian disamping meningkatkan usaha ke arah merealisasikan impian mahupun matlamat anda.

Yakin lah, jika anda percaya pada tindakan anda…pasti anda akan mendapat apa yang anda impikan.

Have a dream..then.. make it real!

Redz@Gjan

AJL LESEN KENSHIDO DILANJUTKAN

AJL 2014

111AJL Lesen Kenshido International telah dilanjutkan sehingga tahun 2014!

Redz@Gjan

BMW (Breakthrough Mind Workshop)

Diri anda sebenarnya mampu melakukan “wonders” lebih daripada apa yang anda sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu milikinya. Tetapi diri anda sering dipagari tembok yang menghalang anda daripada mencapai cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda. Atau sasaran anda terlalu kabur untuk anda fokus.

Orang yang hebat adalah mereka yang mencipta sejarah, bukan hanya berbangga dengan sejarah lampau. Orang yang hebat adalah mereka yang boleh dipimpin dan memimpin, boleh menegur dan ditegur. Orang yang hebat adalah mereka yang berjiwa besar. Orang yang hebat adalah mereka yang berjiwa singa.

Menerobos sempadan minda adalah bertujuan supaya setiap manusia kenal akan matlamat kejadian kehadiran mereka di muka bumi. Kita hebat sebenarnya. Mengapa nak jadi insan yang lemah? Mengapa mahu terus ke belakang. Hari ini Sang Mentari sudah berwajah baru. Misi akan lebih terarah kepada mengenal aura kehebatan diri melalui workshop BMW (Breakthrough Mind Workshop).

Selalu orang bertanya, bagaimana mahu menjadi hebat? Macam mana boleh sentiasa cemerlang? Ya, kekadang kita sendiri lupa bahawa tuhan ciptakan kita dengan kelebihan tersendiri. Setiap kita punya kelebihan tersendiri. Masing-masing ada emas yang perlu digali.

Hidup adalah satu siri pengalaman, setiap satunya menjadikan kita lebih dewasa, walaupun ia sukar untuk kita sedari. Dunia diwujudkan untuk membentuk keperibadian, dan kita harus belajar bahawa kegagalan dan kesedihan yang dialami akan membolehkan kita terus mara ke hadapan. – (Henry Ford)

Usah sia-siakan mutiara yang tersedia dalam diri anda. Jadilah manusia terbilang. Mulai sekarang! Ayuh lawan tetap lawan, kawan sampai Jutawan Iman & Taqwa.

Tahniah…Anda adalah seorang insan Hebat Dunia dan Akhirat. Amin.

Redz@Gjan

Rahsia Bisnes Orang Cina

Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan kaum Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi.

Apabila dikaji secara mendalam, apa yang dapat dirumuskan adalah kemahiran dalam perniagaan atau bisnes bukanlah suatu keistimewaan yang hanya boleh didapati bagi sesuatu kaum. Tetapi kemahiran tersebut sememangnya boleh dipelajari.

Pegangan Masyarakat Cina dalam Perniagaan

Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :

  1. Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
  2. Jimat, jika tidak akan membazir modal
  3. Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
  4. Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
  5. Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan
  6. Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
  7. Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok

Ketujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.

Perniagaan Adalah Satu Seni

Apa yang lebih menarik lagi, masyarakat Cina turut menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, ‘dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’ Falsafah ini begitu popular dalam kalangan mereka. Mereka turut menyamakan perniagaan atau bisnes dengan seni kungfu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Mengapa? Dunia bisnes memerlukan kita untuk bersedia bagi menghadapi segala rintangan dan masalah yang tidak dijangka. Begitu juga dengan seni kungfu. Mempelajari seni kungfu adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman yang mendatang. Maka, daripada sinilah timbulnya istilah seni bisnes atau seni perniagaan bagi masyarakat Cina. Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, antaranya ialah :

  1. Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  2. Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
  3. Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.

Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet.’ Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.

Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :

  1. Sabar
  2. Tidak mudah putus asa
  3. Pandai merebut peluang
  4. Mempunyai perhubungan awam yang baik
  5. Berpandangan jauh
  6. Berpegang pada janji
  7. Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan
  8. Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
  9. Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka

Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri setiap peniaga yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat berkembang maju. Apa yang disenaraikan ini juga adalah merupakan satu jalan yang boleh diguna pakai dalam strategi seseorang peniaga untuk menarik lebih banyak kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap bisnes yang dijalankan. Apabila pelanggan semakin ramai, maka sudah tentu untung yang lebih besar juga turut menanti.

Konsep Berniaga yang Diamalkan oleh Kaum Cina

Kaum Cina mensasarkan matlamat dan tujuan tertentu dalam perniagaan mereka. Bagi memastikan matlamat mereka tercapai, mereka akan saling bantu-mambantu antara satu sama lain khususnya sesama masyarakat Cina. Konsep perniagaan orang Cina adalah berasaskan prinsip simbiosis iaitu mereka sebagai peniaga saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Contoh, sekiranya ada peniaga Cina yang menjual barangan runcit, maka peniaga Cina yang lain akan menjual barangan basah seperti ikan, daging dan ayam serta barangan keperluan yang lain. Mereka turut bijak mengambil peluang dengan membuka restoran di kawasan tersebut dan akan mendapatkan barang-barang keperluan untuk memasak daripada kedai-kedai yang telah sedia ada di sekitar kawasan tersebut. Secara tidak langsung, peluang yang mereka ambil ini akan menjadikan perniagaan di kawasan tersebut berkembang kerana adanya sokongan yang kuat dalam kalangan peniaga di kawasan tersebut. Apabila hal ini terjadi, perniagaan masing-masing akan lebih mudah berkembang dan tidak mudah untuk gulung tikar.

Terdapat satu fakta menarik tentang konsep perniagaan orang Cina yang perlu kita ketahui. Suku Hailam merupakan suku terakhir yang masuk ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Apabila mereka sampai, mereka melihat banyak bidang perniagaan yang sudah diterokai oleh suku-suku Cina yang datang lebih awal. Maka mereka menceburkan diri dengan mengambil peluang membuka kedai kopi yang mana ketika itu belum diterokai secara meluas oleh suku-suku Cina yang lain. Mereka turut mempelbagaikan menu mereka dengan memperkenalkan roti bakar dan nasi ayam Hainan. Akhirnya, perniagaan ini kekal sehingga ke hari ini dan semakin meluas dari hari ke hari.

Dalam satu kajian terhadap sebuah buku yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina hasil karya Ann Wan Seng ada menyatakan bahawa masyarakat Cina tidak memandang rendah kepada mana-mana orang yang gagal dalam perniagaan dan mereka memandang tinggi kepada sesiapa yang hendak berusaha dan selalu memberi galakan serta peluang kepada sesiapa yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan. Ini membuktikan, bahawa mereka langsung tidak mengenal erti putus asa dan erti kegagalan dalam bisnes yang dijalankan sebaliknya hanya memandang kehadapan tanpa menoleh lagi kebelakang. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita dapat melihat lapangan perniagaan di negara kita majoriti besar dikuasai oleh masyarakat Cina.

Tokoh Usahawan Cina di Malaysia

1.0 Robert Kuok

Di negara kita, terdapat ramai tokoh-tokoh bisnes yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina. Jumlah mereka mungkin boleh mencecah sehingga ratusan atau ribuan orang. Antara tokoh bisnes daripada kaum Cina yang terkenal di Malaysia ialah Robert Kuok merupakan seorang tokoh peniaga daripada masyarakat Cina yang lahir di Johor Bahru pada 6 Oktober 1923 dan memiliki anak seramai 8 orang. Beliau juga merupakan antara jutawan yang memiliki aset berbilion ringgit hasil daripada usaha gigihnya membangunkan perusahaan gula di Malaysia. Beliau juga turut diberi gelaran ‘Raja Gula Asia’. Beliau sangat bijak mengambil peluang kerana mampu menjana keuntungan yang besar hanya dengan menghasilkan pengeluaran gula untuk negara.

Selain itu, beliau turut menjawat jawatan sebagai Pengerusi Shangri-La Hotel dan Resort Chain. Apa yang dapat disimpulkan, beliau tidak mengecapi kejayaan seperti yang beliau miliki pada hari ini dengan mudah. Banyak pengorbanan dan modal yang perlu dikeluarkan untuk beliau membangunkan perusahaan gula sehingga boleh bertahan sampai ke hari ini. Nama beliau juga turut tersenarai antara individu terkaya di rantau Asia.

2.0 Mendiang Lim Goh Tong

Mendiang Lim Goh Tong yang merupakan seorang usahawan Tionghua terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 sehingga beliau meniggal dunia. Beliau memiliki aset berjumlah sehingga 421.60 bilion ringgit Malaysia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Prseiden seumur hidup kumpulan Genting. Selain memiliki hotel, beliau turut mempunyai kasino yang dikunjungi 14 juta orang dalam setahun serta memiliki aset-aset mewah yang lain. Dalam satu catatan sejarah menyatakan bahawa beliau datang ke Malaysia dari Fujian China ketika berumur 19 tahun dan hanya membawa wang berjumlah RM175 sebelum berkerja dan membina syarikat sendiri iaitu Kien Huat.

Usaha gigih beliau dan idea yang kreatif telah membuatkan beliau berhasrat untuk mendirikan Genting sebagai sebuah tempat perlancongan di Malaysia. Hasilnya, Genting Highlands masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia walaupun kini beliau telah pergi selama-lamanya.

Kedua-dua tokoh ini merupakan antara contoh usahawan masyarakat Cina yang berjaya membina empayar perniagaan yang begitu berpengaruh selain membuktikan pada semua bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu melalui usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa. Sememangnya peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan Cina mempunyai taktik dan startegi tersendiri. Namun semua itu dilihat sebagai satu seni dalam perniagaan. Etika masyarakat Cina juga turut membenarkan penggunaan startegi masing-masing asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada peniaga dan pelanggan. Sebaik-baiknya biarlah strategi tersebut mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Pendek kata, peniaga-peniaga Cina mempunyai daya kreativiti yang tinggi selain bijak mencuri peluang yang ada dihadapan mata. Peluang akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memastikan keuntungan yang besar boleh dicapai dan kejayaan hanya akan diperoleh sekiranya mereka mempunyai sikap yang rajin, tekun dan tidak mudah mengalah sekiranya menghadapi kegagalan. Maka, wajar bagi msyarakat lain di negara ini untuk mencontohi sikap kaum Cina dalam usaha mereka menjalankan perniagaan.

Sumber: usahawan.com

Redz@Gjan

Nikmat Mana Lagi Yang Ingin Kita Dustakan?

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya. (Surah Ibrahim: 34). 

Sebagai hamba yang dicipta oleh Allah SWT patut sangat kita bersyukur kepadaNya kerana terlalu banyak, malah tidak terhitung nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Dalam pada bersyukur itu patut pula kita merasa malu yang amat sangat kerana terlalu banyak pula memperbuat lalai dan ingkar kepada Allah SWT. Tidak beradab dan biadab kepada Allah SWT. Lalai, biadab dan ingkar itu adalah tandanya kita tidak sepenuhnya bersyukur kepada Allah SWT

Marilah kita berfikir mengenai nikmat Allah SWT yang terangkum ke dalam beberapa jenis. Ada nikmat lahiriah dan ada nikmat maknawiyah (abstrak). Ada nikmat pada diri dan ada nikmat di luar diri. Ada nikmat yang berupa pemberian Allah SWT tanpa diminta, tanpa diharap untuk memperolehinya serta tanpa diusahakan. Ada pula nikmat yang diharap, dipinta dan diusahakan. Andainya kita mahu berfikir dan menghitung secara teliti tentang nikmat Allah SWT, kita akan dapati bahawa nikmat kurniaan Allah SWT yang tanpa diminta jauh lebih banyak, serta tidak ternilai. Cuba kita lihat nikmat Allah SWT yang diberiNya tanpa diminta.

Di antaranya, adanya kita ini dicipta oleh Allah SWT. Hati dan otak yang kita miliki yang dengannya menjadikan kita berfungsi dapat merasai dan berfikir, pun kita tidak minta. Nyawa yang menghidupkan manusia itu bukan kita yang menciptanya. Seluruh jawarih atau anggota jasad, pun juga tiada siapa yang membuatnya. Ringkasnya, turun naik nafas kita itu atau setiap detik tanpa terlepas daripada nikmat kurnia Allah SWT tanpa diminta. Begitulah seterusnya pula dengan iman dan Islam yang rata-rata diwarisi secara turun temurun kepada kita.

Kini cuba kita bandingkan dengan nikmat Allah SWT yang kita pinta dan usahakan seperti makan minum, harta, wang, pangkat, rumah, suami, isteri, anak-anak, kesihatan, kemajuan dan pembangunan, pakaian, pinggan mangkuk, perhiasan, keselesaan hidup dan sebagainya.

Semuanya terlalu murah dan rendah nilainya. Itupun sedikit sahaja apa yang kita tidak perolehi. Sedikit sahaja dari apa yang kita minta dan usahakan itu yang gagal diperolehi. Banyak nikmat itu yang Allah SWT kurniakan. Makanan, pakaian, rumah, harta, wang dan sebagainya tetap kita perolehi cuma bezanya antara sedikit dan banyak, murah atau mahal, kecil atau besar, dhaif atau selesa dan istimewa.

Oleh itu tidak usah risau, susah hati, kecewa, menderita andainya tidak memiliki nikmat yang rendah nilai itu. Dan lebih lebih lagi jangan sampai lupa dan derhaka kepada Allah SWT lantaran memburu nikmat yang rendah nilai itu sedangkan kita terlupa nikmat tanpa diminta itu terus kekal kita miliki. Bersyukurlah apa-apa yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.Tunggulah nescaya Allah SWT akan menambah lagi nikmat kepada kita sekalipun tidak diminta, terutamanya nikmat maknawiyah iaitu iman dan Islam dan rasa bahagia sejahtera, tenang tenteram dalam kehidupan.

Janji Allah SWT: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Sumber: Halaqah Sentuhan Qalbu

Redz@Gjan

Kenapa Kita Perlu Kaya?

Oleh kerana sedikitnya orang yang berjaya, masyarakat kita seringkali menganggap negatif terhadap orang kaya dan mencemburui orang kaya. Mungkin juga mereka melihat segelintir orang kaya yang berkelakuan tidak baik, sombong atau tidak mengendahkan orang miskin. Ibarat ada pemisah antara orang kaya dan miskin.

Walhal dalam Islam, antara miskin dan kaya itu patut bantu-membantu dan saling memerlukan. Contohnya orang kaya memerlukan tukang membaiki paip di rumahnya yang sudah rosak, atau kerja-kerja buruh yang perlu dilakukan. Sebaliknya orang miskin perlukan orang kaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, membina masjid, memberi sumbangan untuk membiayai kos pembangunan dan sebagainya.

Pada 23 Mei, 2010, Berita Harian melaporkan, “Terdapat 489 kes orang yang dihantar ke HKL tetapi tidak dijemput oleh keluarga atau anak selepas mereka sembuh”. Kes ini adalah satu fenomena baru dalam masalah sosial yang antara faktor penyebabnya ialah kemiskinan, sama ada berpunca daripada anak, keluarga atau pesakit itu sendiri.

Jika diteliti, kemiskinan menyebabkan orang benci kepada kita kerana terpaksa menagih simpati dan belas kasihan orang lain untuk survival kita. Sebaliknya jika 489 orang yang terlantar ini adalah orang yang berada atau kaya, InsyaAllah perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka boleh berdikari.

Demikianlah banyaknya sebab mengapa kita, terutamanya umat Islam perlu kaya atau berada untuk membolehkan kita melaksanakan tuntutan-tuntutan kehidupan. Untuk kaya, kita perlu berusaha dan membaiki diri kita. Walau serendah mana pun kita, janganlah berserah diri sebelum berjuang.

Allah menginginkan kita mengubah diri kita dan berada di tahap yang lebih baik. Janganlah membiarkan diri kita dalam kemiskinan atau kepapaan dan menyusahkan orang di sekeliling kita. Laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga, sebagai ibu atau ayah. Carilah yang halal.

Moga dengan ketiadaan kita nanti, waris-waris kita boleh bergembira dengan apa yang kita tinggalkan, bukannya menanggung kesusahan selepas ketiadaan kita.

Redz@Gjan

Bersemangat atau Bermotivasi?

Ramai orang kata, orang bermotivasi adalah orang yang bersemangat.

Tapi sebenarnya orang yang bersemangat, tak semestinya dia adalah orang bermotivasi. Orang bersemangat, semangatnya panas sekejap saja, lepas tu dia kena ‘recharge’ balik semangatnya supaya jadi terus bersemangat, berapi menyala-nyala. Tapi orang yang bermotivasi sentiasa merasa terdorong untuk maju ke hadapan walaupun sederhana semangatnya. Cool saja. Tapi usahanya konsisten sepanjang masa.

Orang yang bermotivasi biasanya tak terlalu ghairah dan tidak juga pasif saja. Air mukanya tenang, tapi jauh di dalam hati dia memiliki tekad yang amat kuat. Tekad yang macamana? Tekad mahu perbaiki diri, tekad mahu buat lebih baik lagi dari semalam.

Orang bermotivasi lebih banyak mendengar suara hati sendiri dan lebih banyak meluangkan masa mengeratkan hubungan dengan Tuhan. Dan kebiasaannya orang bermotivasi adalah seorang pemilih, kerana dia memilih dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia berbual dan dengan siapa dia bergaul.

Adakah Anda orang bermotivasi? Ya. Apabila Anda ada matlamat, Anda ada dorongan untuk maju dan apabila Anda bangun pagi, perkara pertama yang masuk di kepala Anda adalah bagaimana untuk mencapai keinginan Anda.

Adakah Anda orang bersemangat? Ya, apabila Anda ada kemahuan membara mahu mencapai sesuatu, apabila Anda seronok melakukan sesuatu juga apabila Anda cukup minat berkata tentang sesuatu. Inilah yang dikatakan semangat. Dari sudut lain, dipanggil sebagai passion atau excitement. Passion ini risikonya sekejap ada, sekejap tidak ada.

Adakah Anda orang yang bersemangat dan bermotivasi? Ya, apabila Anda sedar apa yang Anda inginkan dalam hidup, peranan Anda, kelebihan Anda dan kekurangan Anda. Apabila dilanda masalah atau Anda menerima sindiran, Anda menggunakan reverse thinking iaitu melihat sesuatu yang buruk sebagai sesuatu yang baik. Anda sentiasa melihat yang baik-baik, walau seburuk macam mana pun situasi yang Anda lalui.

Anda adalah orang bermotivasi, Andalah juga orang yang bersemangat. Katakan pada diri Anda ayat berikut…

“Aku bermotivasi, aku bersemangat!”. Apa yang Anda katakan pada diri Anda sendiri, itulah yang akan jadi.

Mari kita renungkan kata-kata motivasi daripada Mentor Jutawan yang berjaya dan kaya berkongsi tips kejayaan dan kekayaan mereka:

Mentor Jutawan Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah

” Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang ”

Mentor Jutawan Azizi Ali

” Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya ”

Mentor Jutawan Dato’ Dr Rusly B Abdullah (Chef Li)

” Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif ”

Mentor Jutawan Dato’ Dr Azman Ching

” Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat ”

Mentor Jutawan Billi Lim

” Sekarang, jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya. Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu ”

Mentor Jutawan Dato’ Hussamuddin Yaacob

” Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan ”

Mentor Jutawan Abang Abu

” Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda ”

Mentor Jutawan Irfan Khairi

” Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini ”

Redz@Gjan

Think Positive

Sukarkah untuk berfikiran positif sepanjang masa? Tidak.

Pada permulaan, Anda akan merasa sukar.

Anda merasa susah untuk berfikiran positif sebab pada masa itu minda Anda sudah terbiasa dengan fikiran negatif.

Sebagai manusia, perubahan kepada sesuatu yang baru memerlukan masa dan kekerapan melakukannya.

Fikiran positif tidak boleh dilakonkan.

Ia terbit dari hati.

Fikiran positif tidak boleh dicampur aduk dengan fikiran negatif dalam satu masa.

Anda tidak boleh berfikiran negatif kemudian berfikiran positif dalam masa yang sama. Kesannya tidak akan ada di jiwa. Anda tidak akan rasa bersemangat.

Persoalannya di sini, Anda boleh berfikiran positif sepanjang masa apabila Anda menumpukan usaha kepada sikap bersangka baik, berfikir yang baik-baik, berkata yang baik-baik.

Kenapa begitu?

Sebab berfikiran positif adalah satu tabiat.

Apa saja tabiat boleh dibina, diserap lalu dikekalkan dengan cara merubah tindakan, percakapan, pemikiran.

Untuk Anda berubah menjadi orang berfikiran positif, apa yang Anda perlu lakukan hanyalah merubah tindakan Anda, merubah cara Anda bercakap, merubah cara pemikiran Anda.

Sebagai contoh, jika sebelum ini Anda selalu bersangka buruk, ubahlah sikap itu kepada sikap suka bersangka baik.

Hadirkan sikap bersangka baik dan kemudian latih diri melakukannya selalu sekerap mungkin setiap masa, sepanjang masa.

Contoh lain, jika sebelum ini Anda suka mengutuk, mengkomplen dan mengomel, ubah sikap itu kepada sikap suka mengagumi, memandang tinggi, menghormati dan menghargai. Amalkan selalu.

Pada peringkat permulaan, ia akan terasa susah.

Lama-kelamaan bila Anda dah selalu buat dan sudah selalu praktikkan, ia akan menjadi kebiasaan.

Ia akan menjadi sikap Anda secara semulajadi (natural).

Motivasi Anda akan sentiasa menyala.

Redz@Gjan

Merajuk!

Siapa yang tak pernah gagal?

Tidak pernah gagal bermakna tidak normal. Tidak pernah susah bermakna tidak sempurna. Yang membezakan orang yang gagal dengan orang yang berjaya ialah bagaimana mereka bangkit dari kegagalan dan kesusahan hidup.

Orang yang ‘Cukup Makan’ terus hidup dalam kegagalan kerana mereka hanya meratapi nasib malang yang dikatakan ‘diberi’ oleh Tuhan. Mereka terus menerus memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan rasa malas mereka. Kesudahannya, mereka akan terus kekal menjadi golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Manakala orang yang berjaya terus cuba bangkit dengan melupakan segala kisah silam yang melemahkan semangatnya, dan mengerah segala usaha semampu mungkin tanpa mengalah kepada nasib kerana mereka percaya, bukan nasib yang menentukan kejayaan mereka.

Jangan merajuk dengan usaha anda hari ini jangan berhenti berusaha dan jangan sesekali berhenti bergerak ke hadapan. Umpama seperti memandu, anda tidak perlu menoleh ke belakang, cukup dengan menggunakan ‘side mirror’. Kisah silam anda boleh dianggap sebagai ‘side mirror’ untuk membantu anda terus maju.

Kisah Nabi Yunus ini mungkin boleh kita jadikan iktibar.

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia
Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam di tengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

Rugi jadi orang mudah merajuk. Anda boleh kekal dengan rajuk anda, dan anda mungkin tidak akan mendapat apa-apa darinya. Sebaliknya jika anda enggan mengalah dengan melupakan terus kegagalan tersebut, anda berpeluang menikmati kejayaan yang jauh lebih baik.

Jangan mudah merajuk ya!  Kuatkan semangat dan bangkit cepat!

Ayuh kita kejar impian kita, lakukan tindakan…

Lawan tetap Lawan…Kawan sampai Jutawan…

Insya’Allah, segala impian pasti milik kita…

Redz@Gjan

Anda BOLEH!!!

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus “menanamkan input” – saya tidak mampu – dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan sama sekali salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab…
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan — apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda fikirkan. Jika anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnes, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan “Bean Bag” atas kepala atau berlari dengan memakai guni “Sack Race”. Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

SUMBER: halaqah

Redz@Gjan