ALASAN!

Ramai yang masih tertanya-tanya dan tercari-cari apakah rahsia atau kunci kepada kejayaan, kemenangan, mahu pun kekayaan.

Sebenarnya jawapan kepada persoalan di atas hanyalah satu, iaitu :-

“Jangan Beri Alasan!”

Dalam kehidupan kita hari ini, terlalu ramai yang memberikan alasan sebaik sahaja berdepan dengan sedikit cabaran dan rintangan.

Sebenarnya untuk mengecapi kejayaan dalam apa sahaja yang kita usahakan adalah dengan menempuhi rintangan dan cabaran yang berada dihadapan kita.

Bukannya BERHENTI dengan memberikan alasan!

Jadi jika nak berjaya, kita tak perlu lagi mencipta alasan!

Apabila perlu lakukan sesuatu, lakukannya sekarang juga!

BERHENTI fikirkan alasan, gunakan akal fikiran yang hebat untuk mengatasi masalah bukannya memberikan alasan!

Kita dikurniakan akal fikiran untuk membantu kita berjaya bukannya mencipta alasan.

KEGAGALAN bermula dengan ALASAN, KEJAYAAN bermula dengan TINDAKAN!

Redz@Gjan

Leave a Reply