BerDakwah Melalui MLM

Menurut Abu ‘Urwah, pengertian dakwah dari segi bahasa membawa maksud menyeru atau memanggil, sama ada kepada perkara yang haq atau batil. Selain itu, seruan kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”. Surah Yusuf (13): 108

Menurut Ibn Taimiyyah dakwah adalah satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah s.w.t dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasul-Nya iaitu dengan membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh para rasul dan mentaati perintah mereka. Antara tugas dakwah adalah menyuruh (al-amru) melaksanakan apa yang disukai Allah dan rasul-Nya akan perkara yang wajib dan sunat, zahir dan batin. Tugas dakwah juga terdiri daripada menegah (an-nahyu) segala larangan Allah dan rasul-Nya sama ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah kiranya tidak ke arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan apa yang tidak disukai-Nya, sama ada dari perkataan atau perbuatan zahir.

Berdasarkan pengertian tersebut, dakwah merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia untuk menjalankan menyeru manusia kepada mentaati Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Di samping itu menegah manusia yang melakukan kemungkaran agar kembali ke jalan yang benar.

Jadi apakah perkaitan dengan bisnes MLM ?

Bisnes MLM juga sama, jika anda mengikuti program MLM yang dijalankan secara betul dan beretika, juga penuh dengan ceramah-ceramah motivasi untuk menjadikan kita lebih HIDUP dan berjaya. Anda akan menjadi lebih termotivasi dan sentiasa ingin berjaya.

Anda akan merasa perbezaan kehidupan anda yang dahulu dan sekarang dipenuhi dengan perkara-perkara positif yang akan mempengaruhi anda masa hadapan. Anda akan merasakan seolah-olah tidak cukup masa untuk mengejar kejayaan, anda seolah-olah tidak sabar-sabar untuk bertemu hari esok untuk memulakan kehidupan yang baru.

Apa yang kita “Dakwahkan” di dalam bisnes MLM ?

1. Mengajak mereka untuk sama-sama berusaha kearah kejayaan. Kejayaan yang bagaimana? Kearah status kewangan yang lebih baik.

2. Mengajak mereka untuk sama-sama mengeluarkan diri dan keluarga dari ‘Perkampungan Miskin’ kepada ‘Perkampungan Kaya’.

3. Mengajak mereka untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

4. Mengajak mereka untuk sentiasa berfikiran POSITIF.

5. Mengajak mereka untuk mengubah sikap kepada yang lebih baik.

6. Mengajak mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

7. Mengajak mereka untuk bersikap sabar dan TIDAK putus asa.

8. Mengajak mereka untuk sama-sama jadi pemimpin untuk menduplikasi tugas-tugas dakwah ini kepada generasi seterusnya, DUPLIKASI. “Menyeru Kepada Kebaikan dan Mencegah Daripada Kemungkaran”.

Tetapi, setelah anda menyertainya, maka akan TERPAKSA melakukan aktiviti tersebut jika anda BERTEKAD Ingin mencapai KEJAYAAN.

‘AKULAH JUTAWAN IT’

Redz@Gjan

Leave a Reply