Bersemangat atau Bermotivasi?

Ramai orang kata, orang bermotivasi adalah orang yang bersemangat.
Tapi sebenarnya orang yang bersemangat, tak semestinya dia adalah orang bermotivasi. Orang bersemangat, semangatnya panas sekejap saja, lepas tu dia kena ‘recharge’ balik semangatnya supaya jadi terus bersemangat, berapi menyala-nyala. Tapi orang yang bermotivasi sentiasa merasa terdorong untuk maju ke hadapan walaupun sederhana semangatnya. Cool saja. Tapi usahanya konsisten sepanjang masa.
Orang yang bermotivasi biasanya tak terlalu ghairah dan tidak juga pasif saja. Air mukanya tenang, tapi jauh di dalam hati dia memiliki tekad yang amat kuat. Tekad yang macamana? Tekad mahu perbaiki diri, tekad mahu buat lebih baik lagi dari semalam.
Orang bermotivasi lebih banyak mendengar suara hati sendiri dan lebih banyak meluangkan masa mengeratkan hubungan dengan Tuhan. Dan kebiasaannya orang bermotivasi adalah seorang pemilih, kerana dia memilih dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia berbual dan dengan siapa dia bergaul.
Adakah Anda orang bermotivasi? Ya. Apabila Anda ada matlamat, Anda ada dorongan untuk maju dan apabila Anda bangun pagi, perkara pertama yang masuk di kepala Anda adalah bagaimana untuk mencapai keinginan Anda.
Adakah Anda orang bersemangat? Ya, apabila Anda ada kemahuan membara mahu mencapai sesuatu, apabila Anda seronok melakukan sesuatu juga apabila Anda cukup minat berkata tentang sesuatu. Inilah yang dikatakan semangat. Dari sudut lain, dipanggil sebagai passion atau excitement. Passion ini risikonya sekejap ada, sekejap tidak ada.
Adakah Anda orang yang bersemangat dan bermotivasi? Ya, apabila Anda sedar apa yang Anda inginkan dalam hidup, peranan Anda, kelebihan Anda dan kekurangan Anda. Apabila dilanda masalah atau Anda menerima sindiran, Anda menggunakan reverse thinking iaitu melihat sesuatu yang buruk sebagai sesuatu yang baik. Anda sentiasa melihat yang baik-baik, walau seburuk macam mana pun situasi yang Anda lalui.
Anda adalah orang bermotivasi, Andalah juga orang yang bersemangat. Katakan pada diri Anda ayat berikut…
“Aku bermotivasi, aku bersemangat!”. Apa yang Anda katakan pada diri Anda sendiri, itulah yang akan jadi.
Mari kita renungkan kata-kata motivasi daripada Mentor Jutawan yang berjaya dan kaya berkongsi tips kejayaan dan kekayaan mereka:
Mentor Jutawan Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah
” Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang ”
Mentor Jutawan Azizi Ali
” Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya ”
Mentor Jutawan Dato’ Dr Rusly B Abdullah (Chef Li)
” Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif ”
Mentor Jutawan Dato’ Dr Azman Ching
” Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat ”
Mentor Jutawan Billi Lim
” Sekarang, jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya. Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu ”
Mentor Jutawan Dato’ Hussamuddin Yaacob
” Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan ”
Mentor Jutawan Abang Abu
” Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda ”
Mentor Jutawan Irfan Khairi
” Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini ”
